Monday, November 22, 2010

party@dinner

letih tapi enjoy..

jumaat hari tu, 19 November telah diadakan satu parti liar (haha..) oleh budak2 program ALG yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). parti liar tersebut yang bermula seawal jam 6.30 ptg dan tamat kira2 jam 11.47 mlm turut dihadiri beberape orang lecturer. dorang pon nak la join budak2 muda jugak kan..


sebenarnye malam tu kitorang ade dinner untuk meraikan student ALG 12 (batch aku la tu) yang telah menamatkan A-Level German Course di INTEC selama hampir 2 1/2 tahun dengan 'jayanye'.


ekceli, pada hari tu jugak atok aku telah bertemu dengan jodoh yang kedua. beliau telah melangsungkan pernikahan pada malam yang sama. tahniah untuk atok aku (gamba takde lg stakat ni). disebabkan aku dah bayar untuk dinner ni, so aku terlepas menyaksikan hari yang bersejarah untuk atok aku.


ok, ni pakaian aku mase dinner tu. korang boley bagi penilaian..


kacak x aku..



dinner tu sebenarnye bermula pd jam 8-10 mlm dengan tetamu2 VIP. ade persembahan siket & bagi sijil kat semua student ALG 12. congrats kepada rakan2 dan tak lupe jugak kepada afiq sebab dinobatkan prom king bersama pasangannye shamira sebagai prom queen. kagum dengan afiq yang menyanyi hingga menangis untuk pasangannye.


after that baru la kitorang bebas dengan aktiviti sendiri. ade la menari siket, joget2 siket, amek2 gamba. terhibur tengok rakan2 yang tak disangka mempunyai bakat terpendam membuat persembahan. gelek jangan tak gelek, haha...


ni antara gamba2 yang sempat aku upload. gamba2 yang laen korang boley tengok kat my fb orait..


nobody(wonder girls)



abang2 macho..



bersama lecturer german aku



poker face(lady gaga)



Thursday, November 4, 2010

khas untukmu

aku bukan mahu bermadah,
aku bukan mahu bermonolog,
aku bukan mahu berfalsafah..


3 november 2010 - mungkin bagi korang pada tarikh ini tiada apa yang istimewa.. 'pe yg special?'....'laa,bkn de mende pon..'

yes, memang pada tarikh ni tak de ape pon yang special bagi korang. tapi bagi aku, tarikh ni tetap special sebab ia adalah tarikh lahir bagi orang yang terpenting dalam hidup aku..

"i love u mom"



semalam, genaplah umur mak aku 57 tahun(tahun depan baru bersara). memang tiada sambutan pon yang dibuat. tapi bukan bermakna tiada yang peduli. sebenarnye, aku dah plan nak bagi surprise sikit dekat mak aku. aku memang tak tunggu tengah malam nak wish kat mak aku memandangkan mak aku tido awal.


mak



tapi ape yang aku buat, aku buat tak tahu sampai la tengah hari semalam. then, petang tu aku bagi sikit kejutan kat mak aku. dalam senyap-senyap aku datang kat dy membawa bungkusan...

mak : "ape benda ni?"
aku : "mak tengok lah dulu.."


sebenarnye tak ade ape pon yang special. aku belikan kek untuk mak aku dan ade something yang aku bagi kat mak aku. nak buat sambutan besar-besar kewangan tidak mengizinkan. tapi, macam mane pon aku rase hepi sangat bila dapat buat macam tu kat mak. kitorang pon bersame-same makan kek tu sambil menonton tv. aku sayangkan mak aku. aku harap dy terus kuat dan tak nak dy meratapi kehilangan ayah aku kira-kira setahun yang lepas.


pesanan aku hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih hidup. bukanlah niat aku nak kata aku ni dah habis bagus, tapi sekadar peringatan bersama. kalau korang boleh bagi hadiah yang mahal-mahal kat gf/bf korang, kat parents korang pon boleh macam tu jugak kan?? aku percaya perempuan lebih sensitif dalam hal-hal macam ni berbanding lelaki. sekurang-kurangnya korang ingatlah tarikh lahir parents masing-masing. ni ade pulak orang yang tak ingat. sadis betol...


sejujurnye dulu aku kurang sensitif dalam hal-hal macam ni. tapi semenjak aku kenal seseorang ni, aku jadi lebih sensitif. sedikit-sebanyak dy dapat ubah peribadi aku. kini disebabkan dy, aku jadi lebih matang, lebih dewasa dan lebih bertanggungjawab. aku sayangkan dy - lebih dari yang dy tahu...

Thursday, October 28, 2010

Ketika Aku Sudah Tua

  • Ketika aku sudah tua, bukan lagi semula mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku.

  • Ketika aku berulang-ulang berkata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar bersabarlah mendengarkan jangan memutuskan pembicaraanku. Ketika kau kecil aku selalu harus mengulang cerita yang beribu kali kuceritakan agar kau tertidur.
  • Ketika aku memerlukan untuk memandikanku, jangan marah padaku. Ingatlah sewaktu kau kecil aku harus memakai segala cara untuk memujukmu mandi.
  • Ketika aku tak paham teknologi dan hal-hal baru jangan mengejekku. Fikirkan bagaimana dulu aku begitu sabar menjawab setiap "mengapa" darimu.
  • Ketika aku tak dapat lagi berjalan, hulurkan tanganmu yang masih kuat untuk memapahku. Seperti aku memapahmu saat kau berjalan-jalan waktu masih kecil.
  • Ketika aku sewaktu melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untuk mengingat. Sebenarnya bagiku apa yang dibicarakan tidaklah penting asalkan kau disamping dan mendengarkan aku sudah puas.
  • Ketika kau melihat aku yang mulai menua, mengertilah dan dukunglah aku, seperti aku menghadapimu ketika kau mulai belajar menjalani kehidupan. Sekarang temani aku menjalani sisa kehidupanku.
  • Beri aku cinta dan kesabaran, aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur. Dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu.
P/S: hargailah ibu bapa dan hormatilah orang tua sebelum Allah 'mengambil' mereka dari kita selama-lamanya.

Monday, October 25, 2010

Kami Adalah Ironman

ni bkn ironman yg dlm muvie tu. ironman yg aku maksudkan adalah ironman triathlon - swimming, cycling , running. wahh, mmg bley jd orang besi betul kalau buat tiap2 hari...


disebabkan weekend yg membosankan, maka kami berlima (aku, padle, kibod, jandal, azwan, uuk, & MELATI) pon dengan ngantoknye bangun awal pg menuju ke Bukit Cerakah untuk cuba2 berlagak jd ironman.


thanx en. google



ni adalah kali kedua budak2 ALG bersame-same membuang tenaga dan duit di Bukit Cerakah. yg first dlu 6 Februari waktu raya cina(kalau nak tgk video+lagu+gambar dlu bley tgk dlm fb). aktiviti kali ni tak seramai yg dlu sebab ramai yg kat rumah. tp mcm mane pon tetap enjoy sebab ade MELATI untuk dibuli, hahaha...



rumah 4 musim



sampai2 je kitorang terus berjogging sebab nak sewa basikal dah abis. selesai berjogging kira2 30 minit kitorang kembali ke tempat sewa basikal dan meneruskan dengan aktiviti berbasikal. naek basikal lg best sebab tak penat sangat & dapat angin pulak tu. best!!




kat cni ade jgk haiwan liar




lepas tu kitorang teruskan dengan aktiviti berenang. tp berenang dalam swimming pool je la. haa, yg ni mmg terbaek sebab dapat buli MELATI. dy bley cakap kitorang ni SAMSENG KOLAM. agak memenatkan & menyesakkan nafas sebab dah lame tak masuk pool.


lbey kurang pkul 12.58 tgh hari kitorang menamatkan aktiviti kitorang. sebelom balik ke kolej, kitorang kasi bantai dlu bihun goreng. credit to mak MELATI (Pn.Hamidah) sebab bihun tu sangat sangat. tq2..


cantik!!



sesampainye kitorang kat bilik, kitorang mandi & solat dan terus terbongkang keletihan. tp mcm mane pon kitorang mmg enjoy sebab dpt buli MELATI, hahaha..


P/S: bosan tak tau nk bt ape. aku rindukan someone..

Monday, October 18, 2010

quick update

aku rase mcm dh lame gile tak update blog..

bkn tak nk update dgn sengaja nye. tetapi berdasarkan beberapa faktor yg aku harus pertimbangkan. last week aku bz dgn persiapan perkahwinan abg aku. aku kena la bt banyak keje siket skrng ni memandangkan ayah aku dah pergi meninggalkan aku dan keluarga.


aku skrng ni mcm takde mood nk ddk dpn laptop lame2. hilang...
bnyk benda yg aku fikirkan skrng. mcm2 masalah aku hadapi. tp tu semua lebih kuat dan tabahkan aku. aku kalau boleh tak nak fikir sngt semua masalah tu. nanti aku jgk yg serabut.


pape pon, Alhamdulillah syukur kpd Allah majlis penikahan dan perkahwinan abg aku telah selesai berlangsung. aku la yg terpaksa jd pengapit waktu dy menikah dan bersanding. tp best jgk sebab tu semua pengalaman baru bg aku.

itu saje utk kali ni orait

Wednesday, October 6, 2010

Isteri Belasah Suami

Perkara ni takde la berlaku pd aku atau family aku. pada orang laen tu aku tak tau. tapi tiba2 aku terfikir semalam..


mcm mane kalau isteri kite seorang atlit. bukan atlit biase2. maksud aku atlit angkat berat, atlit gusti, atlit tinju dan seumpamanye. kalau tengok badan dorg bkn maen lg. berketul-ketul, sasa, tegap. kadg2 tu mengalahkan lelaki.


memandangkan sekarang sukan komanwel sedang berlangsung kat India, secara kebetulan aku tengok kat tv acara angkat berat wanita semalam. sebab tu aku terfikir pasal bnd ni. bukan maen lg atlit2 yg bertanding - berotot


tp ape masalahnye..

aku terfikir kalau2 berlaku pergolakan rumah tangga (mintak dijauhkan, amin). kalau dua2 pihak ade perkara yg tak puas hati. memang lah mcm mane pon perempuan ni hati dy lembut. tak de la dy nak terus je mengamuk. tp kalau perkara tu jd serious, silap2 mau dy belasah suami dy yg kecil+kering itu. tp bukan la aku nak memperkecilkan orang yg kecil.


hmm, ntah pape la aku ni fikir pasal bnd ni pulak. aku sebenarnye kurang sihat sehari dua ni. ditambahkan pulak abg aku nak kawen ahad ni. sape2 yg berkesempatan aku jempot la dtg ye.


P/S : start simpan duit untuk masa depan. mase kawen pakai banyak duit.

Monday, October 4, 2010

Hingga Kau Pergi Tinggalkanku

Aku tak tau kenape..

dah lame aku tak mimpi psal DIA. semalam, lg sekali aku mimpikan DIA. dah lebih 1 tahun DIA pergi tinggalkanku. keadaanNYA nampak tak bagus. DIA terlantar - sakit. sebujur kaku badanNYA terlantar di atas kerusi rumah aku. nampak seperti DIA demam.


mungkin DIA dalam kesusahan jauh di dunia laen. mungkin DIA memerlukan pertolongan. mungkin itu petanda DIA tak mahu aku dan keluarga terus lupakan DIA. mungkin aku terleka dengan kesibukan dunia dan terlupa akan diriNYA.


so rakan2..

same2 la kite sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah ayah aku yang telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Syaaban 1430 Hijrah bersamaan 17 Ogos 2009. semoga roh ayah aku dicucuri rahmat dan diletakkan bersame orang yang beriman.

aku rindukan DIA.

Thursday, September 30, 2010

hai, nak berkenalan boleh?

tepat pkul 1.oo tgh hari bas bertolak dri Shah Alam. bnyk tugasan yg menanti aku kat umah. 10/10/2010 bakal jd ari yg bersejarah untuk abg aku. dy akan melangsungkan perkahwinan dgn pilihan atinya. aku bila plak?? mgkin msh awal lg utk aku fikirkannya. walaupon pd hakikatnya aku sering teringat pd 'DIA'. kalau ade jodoh xkemane...


sampai di stesen bas Ipoh, aku tggu bas ke kawasan umah aku plak. sambil2 tu, amek angin & betulkan sendi2 aku. sepanjang perjalanan aku tido je. penat dgn aktiviti hari sebelumnye. dlm aku sibuk2 membelek phone aku sementara tggu bas, ade seorg mamat ni dtg kat aku.


'DARI MANE NAK KEMANE??'

lebih kurg cmtu la dialog dy. aku pon jwb la dri Shah Alam. bkn maen bnyk lg soklan dy tny aku. mcm2 dy tny. aku pon dh rase laen mcm. aku rase umur dy dlm 30-an. pkai t-shirt berseluar jeans. siap berkopiah lg. tgk dri gaya dy mcm org bnyk merantau. last2, yg aku xtahan dy boley ckp

'SAYA XDE DUIT NAK BLIK GERIK NI. KALO ADE BG LA 2-3 RINGGIT'

aku terus je ckp xde duit. aku ckp duit aku nk blik umah pon ckup2. dy pon bt muka kesian dy. dy mintak lg. tp aku tetap xbg. b4 tu dy ade tny name aku. aku ckp name aku Rahman. ntah cmne aku terfikir name Rahman pon xtau. bila dy dh bosan mintak aku, dy pon pg dgn perasaan sayu. dri jauh aku tgk dy sembang dgn org laen plak.


xlame lpas tu bas yg aku tggu sampai. dlm perjalanan xde perkara pelik berlaku kecuali ade sorg indon ni pasang lagu kuat nak mampus gune phone dy. aku rase dy baru beli kot sebab mcm excited je.


lebih kurang pkul 6.30 aku sampai umah. rehat, tengok tv, makan & tido. esoknye aku dh kena pg rumah ke rumah anta kad kahwin. jiran2 xabis2 ingat aku yg nk kahwin. tp aku ckp abg aku yg nk kahwin. sampai ari ni tu la rutin harian aku.

Sunday, September 26, 2010

my first time part 2

tiba2 wktu kitorg borak dlm kete mase perjalanan balik ke kolej , salah sorang drpd kitorg berempat bg cadangan..

"BROGA JOM"

tanpa pikir panjang kitorg pon stuju. walapon aku ngantok + penat, tp disebabkan ni 1st time aku nak naek Broga Hills tgk sunrise aku pon sedkit excited. sbnrnye member2 aku dh bnyk kali naek Broga ni. aku je yg msih blom ade kesempatan.


tepat pkul 10.30 mlm kitorg sampai di hadapan pintu pagar Kolej Cemara. kali ni ade ahli baru - kitorg ajak bapak@quiyyum. penuh satu kete. siap2 semua barang dlm pkul 12.30 mlm kitorg gerak mkn. lpas 2 pg amek kamera plak kat Main Campus dan kitorg pon meneruskan perjalanan. (bace kat sini kalo nak tau ape jd kat Main Campus dan dlm perjalanan).



tgh siap2 barang




jam tepat menunjukkan 3.41 pagi...

"ALAMAK"

bila sampai je kat sane, tgk2 pintu masuk dy tutup. member aku ckp ni la 1st tim
e dy pg pintu
masuk tutup. kitorg pon amek keputusan nak tggu sampai subuh kat surau@tempat rehat. last2, kitorg lepak kat petronas.



lepak kat petronas jap




tggu pny tggu sampai la pkul 5.17. ade sorg pak cik dtg kat kitorg ckp pkul 9 pintu tu baru bukak. kitorg pon dgn hampanye lepak kat kedai mamak sampai subuh. bile dah masuk wktu kitorg bergerak ke masjid. dah pg masjid ape lg, solat subuh dlu. amek gambar siket, baru kitorg gerak balik.



dpt tengok sunrise dari bwh pon jd la



menuju kejayaan




7.56 pagi kitorg sampai Shah Alam. mata tersangatlah berat sebab tak tido sepanjang malam. ditambahkan pulak dgn aktiviti seharian yg memenatkan. pkul 9.03 pagi baru la aku dapat melelapkan mata. walaupon penat aku sngt enjoy dpt lepak dgn kengkawan.



aku


zam



bapak@quiyyum


mc


padle



thanks guys!! ; zam, bapak@quiyyum, mc, padle


Friday, September 24, 2010

my first time part 1


aku dlm dilema

"NAK KE XNAK TOM??"

finally aku stuju. pkul 10 dah kena gerak. nk sampai tmpt tu cepat sket. kami bertiga memulakan perjalanan; aku, zam(dy bwk kete), padle. org yg dijanjikan dh tggu kat sane.


sampai kat sane kitorg bayar duit dan aku beli something utk mkn nanti. kitorg tggu dengan sabar + excited. tggu pny tggu si zam ni boley plak dy tumpahkan makanan aku - dah xde rezeki. bile dah sampai mase kitorg masuk la dlm bilik yg agak gelap. dah selesai, kitorg 4 org (mc lg sorg) kluar dgn muka yg puas. mmg best la!!


shu qi pon berlakon dlm Legend of the Fist



ok, tu cite psal kitorg tgk muvi kat Mid Valley. kitorg tgk muvi cina, 'Legend of the Fist'. best woo tgk lwn2. kitorg ni mmg boley dikatakan kaki wayang. pantang ade mase free. lg2 skrng kitorg tgh 'menganggur'. mggu ni je dh 4 kali tgk wayang.


lpas tu kitorg pg Pavilion plak. kitorg naek train sampai KLCC. dari situ bru gerak pg Pavi. ingt nk usha brg je. dgn xsengaja kitorg tgk la lg satu muvi. kali ni kitorg tgk cite melayu plak. kitorg tgk 'Magika'. cite ni laen sket dri cite melayu yg laen (tgk komen dua2 muvi ni kat sini). ni la 1st time aku tgk wayang 2 kali dlm satu ari.



sapekah gerangan makhluk ini??



kembali ke KLCC,

kitorg sggah solat maghrib dlu. lpas solat bru aku sedar. selipar aku yg xbrp nak lawa hlg kne kebas. kat KLCC plak tu. pelik x pelik. saba je la. ni pon 1st time hlg selipar kat shopping complex. nsb la ade member aku pg belikan selipar utk aku. menggagau dorg pusing satu KLCC nk cari selipar murah. last2, beli kat Bata je. asal ade sudah..


ni la rupe selipar yg zam ngn mc beli


balik drpd Pavilion kitorg sggah Universiti Malaysia. member aku zam nak bg brg kat buah hati dy. kitorg pon pasang la mata takot2 dy bt bkn2,,hahah. ni pon 1st time aku masuk UM. xbrpa nmpak sngt kwasan UM sbb wktu tu malam pon.

kitorg kembali ke Shah Alam dan..

Thursday, September 9, 2010

DIA pergi meninggalkan aku

Aku rase sedih sangat DIA pergi meninggalkan aku
Sedar tak sedar begitu cepat DIA
berlalu pergi
Rase kurang jugak la diri aku ni
Kesal sebab tak ambil kesempatan yang ALLAH berikan dengan sebaek-baek mungkin
Namun, setiap yang bermula pasti ade pengakhiran
RAMADHAN telah berlalu kini SYAWAL pula menjelma.

kite tengok balik puasa kite


Kini,

SYAWAL menjelma menandakan hari raya buat umat ISLAM
Hari raya ni bukan nak bersuka ria je
Ia hari bersyukur untuk menggembirakan yang tak punye
So korang ingatlah jugak pada yang kekurangan dan yang tiade
Tolong la mane yang mampu.

Lagi satu balik raya tu hati-hati
Bak kata pepatah, 'Biar Lambat Asal Selamat'
Jangan pulak ambulans@kete jenazah yang anta korang balik (Nauzubillahi minzalik)
Kite raya nak seronok-seronok bukan nak sedih-sedih
Ingatlah kepada orang tersayang
Kalau tak de sape-sape yang sayang at least sayang la kat diri korang sendiri ok.

Balik raya hati-hati ok!


Di kesempatan ini aku nak minta maaf kepada korang semua yang mengenali aku
Minta maaf banyak-banyak jugak kalo aku terkasar bahasa dalam penulisan blog aku ni
Jemput la datang rumah dan memeriahkan raya aku tahun ni selepas beberapa peristiwa@perasaan bercampur-baur yang aku hadapi tahun ni.

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, September 5, 2010

DSH

Ape itu DSH?? Adakah DSH tu abbrv. untuk Deliberate Self-Harm atau pon Domestic ShortHaired cat (eh2 kucing, i lyke!!!). Ape-ape pon bkn tu yg aku cube nk sampaikan kat korang tentang maksud DSH ni.



Deliberate Self-Harm (korang jangan try ok)


DSH yg aku maksudkan ialah abbrv. utk
Deutsche Sprachprüfung für den Hochschulzugang. Huh, panjang btol. Terbelit lidah nak menyebutnye. Benda ni sebenarnye 1 jenis exam untuk test korang punye proficiency dalam bahase german la kiranye. Exam ni untuk membolehkan korang belajo ke peringkat lebih tinggi di German nanti.


Memandangkan aku & teman-temanku dalam program p'sediaan ke German, so kitorang pon kena la amek exam ni selepas kitorang telah menghadapi beberape exam laen yg susah giler babeng. DSH ni pon sangatlah susah nak lepas. Ade 4 components sumanye yg terdiri daripada listening comprehension, reading comprehension, text production dan jugak grammar. Exam ni soklan dy dari German dan kesemuanye dalam bahase German. .


Esok dah nak exam!!!


Tapi kenapa aku story pasal DSH ni?? Actually aku & rakan-rakan seperjuangan akan menduduki exam ni esok. Yg menjadi problem skrang ni aku xprepare untuk exam ni. Ade la setakat bukak buku seminit dua. Aku dah xde mood sebenarnye nk amek exam ni. Ye la, selepas ape yg berlaku ke atas result A-level aku itu hari. Tapi cmne pon aku mesti bt yg terbaek dalam exam ni.


Ditambahkan pulak dgn emosi aku yg kurang stabil beberapa bulan ni. Selalu sangat aku rase sedih. Rase senang sangat air mata aku nak mengalir. Ade someone special ni asyik bz dgn esemen yg menimbun. Kadang-kadang tu kesian jgk tengok dy banyak sangat keje. Aku kurang mase bersame dy, huhu. Tapi nak bt cmne. Kena la terima dy seadanye...


OK, berbalik kepada topik tadi...

Ni la German@DEUTSCHLAND


Aku harap-harap exam esok aku akan dipermudahkan untuk menjawabnye dengan baik. Tak cemerlang pon xpela. Bukan nak give up, tapi aku tau usaha aku takat mane je. Korang doakan lah kejayaan aku esok dan hari-hari seterusnye ye.

Amin...

Saturday, September 4, 2010

Penantian berakhir



finally..

alhamdulillah siap jgk blog aku ni.pny la lme bru siap blog aku ni.
korg bygknlah dri thun 2007 lg aku plan nk bt.skrng ni bru siap.lme 2!!!
bkn ape, aku xrjin sngt nk bt bnd2 ni.lgpon blom sampai seru nk bt blog b4 ni.

aku bt ni pon coz tgk klu buhsan2 bley aku luahkn prasaan aku dlm blog ni.haha..


mcm ni la sronoknye aku



thanx kpd padle sbb aku ade la tny dy sket psal blog ni.klu ade pape mslh nnt aku tny ko lg ok..
aku rse bnyk lg kkurngan dlm blog ni sbb aku ni bdk bru nk bljar.klu korg nk bg kritikan@pndpt utk memantpkn blog ni sngtlh digalakkn.
2 je la kot utk 1st entry aku ni.

thanx 4 all da supports!!