Tuesday, December 27, 2011

Cuti Mid Sem

Sekarang ni aku tengah cuti mid sem.

Duduk rumah macam biasa la takde aktiviti special pon. Melawat tapak kejap, pegi bank, tengok tv sambil bermalas-malasan.

Nak online pon tak rajin. Malas tahap gaban. Setakat tengok-tengok macam tu je la. Blog ni pon dah nak bersawang baru nak update.

Tapi cuti kali ni rajin sikit sebab dah start buat assignment. Dah siap cari info, ada plan dah nak buat macam mana assignment tu. InsyaAllah 2-3 hari lagi 70% dah boleh siap kot.

Lepas cuti ni banyak test menunggu. Mood study tu tak datang lagi. Ingat nak balik awal kampus awal sikit boleh la study.

p/s : balik kampus ni dah tahun baru. azam baru, semangat baru, misi baru.

Sunday, December 18, 2011

Semoga Semuanya Berjalan Lancar

Lagi beberapa jam awak dah nak masuk wad bedah.

Risau?? Takut?? Cuak??

Mestilaa...

Tak tau macam mana keadaan awak yang sebenar. Tak tau apa sebenarnya sakit awak. Tak tau pembedahan awak tu macam mana dan apa risikonya.

Tak tau berapa lama pembedahan awak dan berapa lama awak tak sedarkan diri. Tak tau berapa lama untuk awak sembuh sebelum masuk lecture balik.

Orang risau...

Macam mana kalau lepas pembedahan selesai awak dah tak kenal orang. Macam mana kalau lepas pembedahan awak dah tak nak kawan dengan orang dah. Macam mana kalau apa-apa jadi kat awak.

Positif...

Ok, orang tak nak fikir bukan-bukan. Kena berfikiran positif. Orang kena bagi sokongan kat awak. Orang tau awak kuat semangat. Orang tau hati awak kuat.

Orang doakan awak selamat menjalani pembedahan dan pulih macam biasa. Kuatkan semangat, tabahkan hati. Walau jasad orang takde dekat dengan awak, tapi orang ada di samping awak - dalam hati awak.

p/s : InsyaAllah lepas awak sembuh, boleh la bawak orang makan tepi laut, dekat bot nelayan (=