Saturday, September 14, 2013

2 tahun dan terus subur

Alhamdulillah.. Tak sangka, pejam celik pejam celik - dah memasuki dua tahun our 'membership'. Terasa singkat, walau hakikatnya banyak yang dilalui bersama. Segala macam perasaan yang 'baru' dapat dirasai. Bahagia, manis, gembira, suka, kecewa, sedih, marah, geram malah derita menjadi rencah dalam mematangkan perhubungan kita. Apa yang pasti, semua ini tidak hanya akan berakhir di sini; akan terus subur di dalam sanubari. Semakin kuat hubungan yang dibina bersama dalam menyiapkan diri untuk cabaran di masa akan datang. Insyaa-Allah semuanya akan dilalui bersama-sama " Kau & Aku" "Kita" Selamat ulang tahun yang ke - 2 sayangku Rasyiqah Raihan Roslee. (10/09/2011)

Tuesday, July 17, 2012

Tamak + kedekut

Memang... Baru la sedar. Aku ni seorang yang sangat kedekut dan tamak. Ok, sila jangan salah faham. Kedekut dan tamak di sini bukan dalam semua perkara ye. Aku sangat kedekut kalau pasal melibatkan my sayang. Kedekut yang macam mane tu?? Haa tu my sayang je yang faham. Pasal tamak pun lebih kurang sama la macam kedekut. Semua yang my sayang punya aku punya. Orang laen tak boleh kacau. Adoiii~~ Entah macam-macam la aku ni. Tapi tu semua sebab aku sangat sayangkan my sayang <3 p/s : esok ade quiz lagi mau mengarut malam-malam ni.

Friday, May 4, 2012

Hari ke-11

Alhamdulillah...

Kalau ikut jadual, insyaAllah hari ni kami akan melakukan ziarah wida' dan akan berangkat pulang ke Malaysia. Kami dijangka akan sampai ke Malaysia pagi 5 hb Mei.

Awak, nanti setibanya di Malaysia orang akan hubungi awak. Tak sabarnya nak cakap dengan awak. Rinduuuuuuunya!!!

Tuesday, May 1, 2012

Hari ke-8

Alhamdulillah...

InsyaAllah hari ni kitorang akan berangkat ke Madinah selepas mengerjakan tawaf wida'. Maknanya kitorang selesai ibadah umrah di Makkah dan akan menziarahi Madinah.

Masuk hari ni dah lebih seminggu kita tak contact langsung. Awak ape khabar? Maybe sekarang awak dah balik Pokok Sena. Pape pon awak jaga diri ok. Kalau awak sakit makan ubat ek sayang (:

Saturday, April 28, 2012

Hari ke-5

Alhamdulillah...

Dah 5 hari pon ade kat tanah suci Makkah. Semuanya baik-baik. Hari ni ade ziarah sikit kat kawasan ternakan unta dan melawat muzium. Kitorang akan niat umrah di Miqat Hudaibiyyah dan akan mengerjakan umrah yang ke-5

Dah 5 hari jugak la maknanya kita tak contact kan awak. Harap-harap awak ok je hendak-NYA. Kalau tak salah orang, awak sepatotnya ade kat melaka sekarang ni. Awak kat sana macam mane? Sihat ke? Seronok tak? Ade kawan awak nak bercerita tak kat sana?

Awak take care ek. Awak busy-busy kan la diri kalau rindu kat orang. Ok sayang (:

Wednesday, April 25, 2012

Hari ke-2

Alhamdulillah...

Hari ni hari ke-2 aku di sini. Semalam sampai-sampai je check-in hotel lepas tu terus mengerjakan umrah yang pertama. InsyaAllah hari ni akan menunaikan umrah yang kedua dan akan miqat di Tan'iem.

Hurmm.. Awak macam mane? Sihat ke tak? Hari ni awak makan ape? Orang rinduuuuu sangat kat awak.

Take care ok (:

Monday, April 23, 2012

Ibadah umrah

Tinggal sehari lagi sebelom aku berangkat ke tanah suci makkah. Ini adalah yang kali pertama untuk aku.

Di saat ini barang-barang pon tak siap kemas lagi. Esok before subuh dah kena gerak KLIA. Awal gilaaaa! Padahal flight pukul 3 ptg. Ye la, naek bas la katakan. Ade la kumpul barang-barang sikit. Tak tau nak bawak ape pon sebenarnye.

Perasaan bercampur-baur. Tak tau nak rasa ape sebenarnye. Semoga semuanya baik-baik hendak-Nya. Selamat pergi dan pulang. Dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baek. Doakan aku dan yang lain-lain (mak, adik dan mak cik aku).