Thursday, June 16, 2011

Happy Birthday Adik!!

Hari ni 16 jun. So bersamaan dengan birthday adik. Dah 17 tahun rupanya dy ni. Tahun ni dah nak ambil SPM pon. Walaupon kite selalu gadoh dulu tp abang tetap sayang kat adik sebab abang dah takde adik lain.

Semoga adik panjang umur, murah rezeki, cemerlang dalam pelajaran dan jugak berjaya dunia akhirat. Semoga adik menjadi seorang muslimah yang solehah. SPM tahun ni insyaAllah adik akan lebih cemerlang dari abang. Belajar rajin2 ok!

p/s: td call emak cakap esok nk pg pangkor. ade jugak ckp pasal hati dan perasaan. "mak, kalo nak kawen skrng bley tak.hahaha"...gila!! Then mak kate "if it will be worth the wait, tggu je la that 'someone special' "... 0o0o0o0o...

Virus

Tak tau nak cakap mcm mane. Tiba2 rase mcm dihujani virus merah jambu. Sebenarnye memang kalau boleh tak nak fikir pasal hal ni tp sebagai seorang manusia yang berhati nurani memang susah nak elak. Tak nak fikir, tak nak fikir, tak nak fikir!!!

Tadi dengar lagu permata yang dicari. Dah cuba faham betol2 lirik dia. Sedih dan terharu. Tak tau la kalau kali ni betol2 serious ke ape. Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik.


Permata Yang Dicari

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)


p/s: Just tunggu dan doa yang terbaik. Sayanglah kerana Allah.