Wednesday, February 22, 2012

11-2-2012


Sepatotnya hari tu lagi dah nak post pasal my soulmate punya birthday. Tapi disebabkan kesibukan yang agak menganggu ketenteraman jiwa, maka hasrat yang luhur ini harus diketepikan seketika.

Oleh yang demikian, di kesempatan ini saya pemilik blog ini Muhammad Fitri Izzat pemegang surat beranak I430560 ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21 kepada my only sayang RASYIQAH RAIHAN ROSLEE pemilik no. pelajar 2010996583 (ni wish dalam blog pulak).

ni kek untuk awak (=

Awak, umur dah meningkat ni. Tangunggjawab pon makin bertambah. Dah takmo nakal-nakal sangat dah. Ribena pon dah kena kurangkan ni hahaha. Orang sentiasa doakan yang terbaek untuk awak. Tak kesah la dalam ape pon benda yang awak buat. Semoga awak berjaya dalam pelajaran, mendapat kebahagiaan, senyum-senyum selalu(comel tau), berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

p/s : No matter the case, when everyone turns their back on you, remember He is with you and He will always raise up someone who will walk with you through your valley. He never leaves us alone. Orang akan sentiasa di sisi awak (=

Tuesday, February 7, 2012

It's My 22nd... Part 2


Berbalik pada cerita surprise masa birthday aku yang baru lepas hari tu, dengan tak disangka-sangka dan dengan tak semena-mena pada hari kejadian 1 Februari tempoh hari....


"Izzat, tunggu sat".



Aku dah rasa pelik. Ni nape tiba-tiba suruh aku tunggu ni. Dah la kitorang ni memang 'mesra' selalu lepak sembang sama-sama. Aku bermonolog sendirian...

"Diorang ni nak prank aku ke. Dah la aku sorang je manusia yang tinggal dalam kelas lepas habis lecture calculus selain daripada geng 'mereka", hati kecilku menzahirkan rasa.


"Nah kad birthday ni. Happy birthday!". Turut diikuti beberapa ahli geng beliau.



Aku punya la malu time tu. Dah la aku ni memang pemalu. Merah dah muka rasa nak lari. aku pon dengan pantas membalas...

"Terima kasih banyak-banyak korang semua. Susah-susah je". Ok, jawapan skema. (Serius malu dan tak tau nak cakap ape). Lepas tu, tunggu ape lagi. Cabut!

So, ini lah hasil kerja seni mereka.


Simple tapi sangat bermakna



Thank you very much Syahidah, Aini, Rosmini, Diana dan Arifah (=


Tersangat-sangat la tak expect diorang buat camni, sebab macam yang aku cakap tadi kitorang bukan la rapat pon. Sangat sweet ok! haha...



Ok now nak cerita pasal pn. emak pulak...

Hari tu masa birthday aku tu rasa pelik jugak la. Nape mak tak wish lagi ni. Padahal dah nak habis 1 Februari ni. Dah nak malam ni. Aku pon tunggu punya tunggu sampai dah lepas dua hari pon.

Yang jadi lagi pelik tu, bukannya mak takde call ke ape. Tapi cakap pasal benda laen. Tanya balik pukul berapa jumaat nanti. Aku dalam hati cakap ingatkan mak memang betol-betol lupa. Biar la...

Then waktu hari jumaat tu, sampai kat rumah pon dah nak tengah malam. Elok je duduk-duduk tengok tv mak datang bawak kek.

"Nah kek birthday mak belikan. Memang tak wish hari tu sebab nak bagi kek".

Aku pon dengan mata yang bersinar-sinar tengok kek cepat-cepat. Excited ni!!! Orang first yang bagi kek. Memang harap sangat-sangat ade orang yang bagi kek time birthday. Cepat-cepat aku amek gambar dah plan nak letak dalam blog.


Terima kasih emak. Sedap!

Sunday, February 5, 2012

It's My 22nd... Part 1


Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat ALLAH swt kerana dengan limpah kurnia dan inayah daripada-NYA saya, MUHAMMAD FITRI IZZAT BIN ABDUL HAMID masih terus diberi peluang menghela udara untuk bernafas dan meneruskan kehidupan di bumi ALLAH ini serta menjalankan tanggungjawab sebagai hamba-NYA.

Ok, EN FITRI IZZAT...sila stop sebelum pembaca lain geli tekak nak baca. Dah macam tazkirah ape pulak.

Sebenarnya nak cerita pasal my 22nd birthday hari tu 1 FEBRUARI 2012 bersamaan 8 Rabbiulawal 1433 HIjrah. First sekali memang rasa bersyukur dipanjangkan umur, diberi nikmat kesihatan yang baik dan alhamdulillah rezeki yang tak putus-putus. Syukur.




Kalau nak diikutkan sambutan, memang takde ape sangat pon. Takde la buat parti ke ape semua. Cukup sekadar orang-orang yang terdekat mendoakan kebaikan aku di masa-masa akan datang.

Cakap pasal surprise, memang ade benda yang sangat-sangat tak disangka. Kalau pasal hadiah pulak, alhamdulillah tahun ni la kiranya dapat hadiah paling banyak dan sweeettttttttttt!!!

Yang paling buat aku happy and bermakna bagi aku kali ni sebab kali ni lain daripada sebelum-sebelum ni. Semua ni sebab orang dah ade 'AWAK' as my someone special. Can be said as my first real love. I mean, TRUE LOVE. Hopefully we will be together forever. Thanks for hadiah awak yang comey-comey tu jugak (=



Sangat comeyyyy macam awak!!!


Yang ni sweet je banyak bintang-bintang (=


Ni yang paaaaaalingggg shuweeettttt!!!
'I'm taken by her'



Thanks to awak for everything. Hadiah yang awak bagi tu dan jugak semua benda yang awak buat untuk orang. Orang sangat hargai setiap perkara yang awak buat kat orang. Belom pernah lagi ade mane-mane orang lain yang buat macam awak buat kat orang.


Tenkiyoooooo!!!