aku bukan mahu bermadah,
aku bukan mahu bermonolog,
aku bukan mahu berfalsafah..
3 november 2010 - mungkin bagi korang pada tarikh ini tiada apa yang istimewa.. 'pe yg special?'....'laa,bkn de mende pon..'
yes, memang pada tarikh ni tak de ape pon yang special bagi korang. tapi bagi aku, tarikh ni tetap special sebab ia adalah tarikh lahir bagi orang yang terpenting dalam hidup aku..
"i love u mom"
semalam, genaplah umur mak aku 57 tahun(tahun depan baru bersara). memang tiada sambutan pon yang dibuat. tapi bukan bermakna tiada yang peduli. sebenarnye, aku dah plan nak bagi surprise sikit dekat mak aku. aku memang tak tunggu tengah malam nak wish kat mak aku memandangkan mak aku tido awal.
tapi ape yang aku buat, aku buat tak tahu sampai la tengah hari semalam. then, petang tu aku bagi sikit kejutan kat mak aku. dalam senyap-senyap aku datang kat dy membawa bungkusan...
mak : "ape benda ni?"
aku : "mak tengok lah dulu.."
sebenarnye tak ade ape pon yang special. aku belikan kek untuk mak aku dan ade something yang aku bagi kat mak aku. nak buat sambutan besar-besar kewangan tidak mengizinkan. tapi, macam mane pon aku rase hepi sangat bila dapat buat macam tu kat mak. kitorang pon bersame-same makan kek tu sambil menonton tv. aku sayangkan mak aku. aku harap dy terus kuat dan tak nak dy meratapi kehilangan ayah aku kira-kira setahun yang lepas.
pesanan aku hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih hidup. bukanlah niat aku nak kata aku ni dah habis bagus, tapi sekadar peringatan bersama. kalau korang boleh bagi hadiah yang mahal-mahal kat gf/bf korang, kat parents korang pon boleh macam tu jugak kan?? aku percaya perempuan lebih sensitif dalam hal-hal macam ni berbanding lelaki. sekurang-kurangnya korang ingatlah tarikh lahir parents masing-masing. ni ade pulak orang yang tak ingat. sadis betol...
sejujurnye dulu aku kurang sensitif dalam hal-hal macam ni. tapi semenjak aku kenal seseorang ni, aku jadi lebih sensitif. sedikit-sebanyak dy dapat ubah peribadi aku. kini disebabkan dy, aku jadi lebih matang, lebih dewasa dan lebih bertanggungjawab. aku sayangkan dy - lebih dari yang dy tahu...
4 comments:
selamathari lahir ibu tom!
tom,aku sdey ar bce post ko ni..kmslm mak ko k!
sy syg mak sy gak..
nice tom..blog ko menyentuh hati ak r..=')
Post a Comment