Monday, November 22, 2010

party@dinner

letih tapi enjoy..

jumaat hari tu, 19 November telah diadakan satu parti liar (haha..) oleh budak2 program ALG yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). parti liar tersebut yang bermula seawal jam 6.30 ptg dan tamat kira2 jam 11.47 mlm turut dihadiri beberape orang lecturer. dorang pon nak la join budak2 muda jugak kan..


sebenarnye malam tu kitorang ade dinner untuk meraikan student ALG 12 (batch aku la tu) yang telah menamatkan A-Level German Course di INTEC selama hampir 2 1/2 tahun dengan 'jayanye'.


ekceli, pada hari tu jugak atok aku telah bertemu dengan jodoh yang kedua. beliau telah melangsungkan pernikahan pada malam yang sama. tahniah untuk atok aku (gamba takde lg stakat ni). disebabkan aku dah bayar untuk dinner ni, so aku terlepas menyaksikan hari yang bersejarah untuk atok aku.


ok, ni pakaian aku mase dinner tu. korang boley bagi penilaian..


kacak x aku..



dinner tu sebenarnye bermula pd jam 8-10 mlm dengan tetamu2 VIP. ade persembahan siket & bagi sijil kat semua student ALG 12. congrats kepada rakan2 dan tak lupe jugak kepada afiq sebab dinobatkan prom king bersama pasangannye shamira sebagai prom queen. kagum dengan afiq yang menyanyi hingga menangis untuk pasangannye.


after that baru la kitorang bebas dengan aktiviti sendiri. ade la menari siket, joget2 siket, amek2 gamba. terhibur tengok rakan2 yang tak disangka mempunyai bakat terpendam membuat persembahan. gelek jangan tak gelek, haha...


ni antara gamba2 yang sempat aku upload. gamba2 yang laen korang boley tengok kat my fb orait..


nobody(wonder girls)



abang2 macho..



bersama lecturer german aku



poker face(lady gaga)