Monday, November 22, 2010

party@dinner

letih tapi enjoy..

jumaat hari tu, 19 November telah diadakan satu parti liar (haha..) oleh budak2 program ALG yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). parti liar tersebut yang bermula seawal jam 6.30 ptg dan tamat kira2 jam 11.47 mlm turut dihadiri beberape orang lecturer. dorang pon nak la join budak2 muda jugak kan..


sebenarnye malam tu kitorang ade dinner untuk meraikan student ALG 12 (batch aku la tu) yang telah menamatkan A-Level German Course di INTEC selama hampir 2 1/2 tahun dengan 'jayanye'.


ekceli, pada hari tu jugak atok aku telah bertemu dengan jodoh yang kedua. beliau telah melangsungkan pernikahan pada malam yang sama. tahniah untuk atok aku (gamba takde lg stakat ni). disebabkan aku dah bayar untuk dinner ni, so aku terlepas menyaksikan hari yang bersejarah untuk atok aku.


ok, ni pakaian aku mase dinner tu. korang boley bagi penilaian..


kacak x aku..



dinner tu sebenarnye bermula pd jam 8-10 mlm dengan tetamu2 VIP. ade persembahan siket & bagi sijil kat semua student ALG 12. congrats kepada rakan2 dan tak lupe jugak kepada afiq sebab dinobatkan prom king bersama pasangannye shamira sebagai prom queen. kagum dengan afiq yang menyanyi hingga menangis untuk pasangannye.


after that baru la kitorang bebas dengan aktiviti sendiri. ade la menari siket, joget2 siket, amek2 gamba. terhibur tengok rakan2 yang tak disangka mempunyai bakat terpendam membuat persembahan. gelek jangan tak gelek, haha...


ni antara gamba2 yang sempat aku upload. gamba2 yang laen korang boley tengok kat my fb orait..


nobody(wonder girls)



abang2 macho..



bersama lecturer german aku



poker face(lady gaga)



Thursday, November 4, 2010

khas untukmu

aku bukan mahu bermadah,
aku bukan mahu bermonolog,
aku bukan mahu berfalsafah..


3 november 2010 - mungkin bagi korang pada tarikh ini tiada apa yang istimewa.. 'pe yg special?'....'laa,bkn de mende pon..'

yes, memang pada tarikh ni tak de ape pon yang special bagi korang. tapi bagi aku, tarikh ni tetap special sebab ia adalah tarikh lahir bagi orang yang terpenting dalam hidup aku..

"i love u mom"



semalam, genaplah umur mak aku 57 tahun(tahun depan baru bersara). memang tiada sambutan pon yang dibuat. tapi bukan bermakna tiada yang peduli. sebenarnye, aku dah plan nak bagi surprise sikit dekat mak aku. aku memang tak tunggu tengah malam nak wish kat mak aku memandangkan mak aku tido awal.


mak



tapi ape yang aku buat, aku buat tak tahu sampai la tengah hari semalam. then, petang tu aku bagi sikit kejutan kat mak aku. dalam senyap-senyap aku datang kat dy membawa bungkusan...

mak : "ape benda ni?"
aku : "mak tengok lah dulu.."


sebenarnye tak ade ape pon yang special. aku belikan kek untuk mak aku dan ade something yang aku bagi kat mak aku. nak buat sambutan besar-besar kewangan tidak mengizinkan. tapi, macam mane pon aku rase hepi sangat bila dapat buat macam tu kat mak. kitorang pon bersame-same makan kek tu sambil menonton tv. aku sayangkan mak aku. aku harap dy terus kuat dan tak nak dy meratapi kehilangan ayah aku kira-kira setahun yang lepas.


pesanan aku hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih hidup. bukanlah niat aku nak kata aku ni dah habis bagus, tapi sekadar peringatan bersama. kalau korang boleh bagi hadiah yang mahal-mahal kat gf/bf korang, kat parents korang pon boleh macam tu jugak kan?? aku percaya perempuan lebih sensitif dalam hal-hal macam ni berbanding lelaki. sekurang-kurangnya korang ingatlah tarikh lahir parents masing-masing. ni ade pulak orang yang tak ingat. sadis betol...


sejujurnye dulu aku kurang sensitif dalam hal-hal macam ni. tapi semenjak aku kenal seseorang ni, aku jadi lebih sensitif. sedikit-sebanyak dy dapat ubah peribadi aku. kini disebabkan dy, aku jadi lebih matang, lebih dewasa dan lebih bertanggungjawab. aku sayangkan dy - lebih dari yang dy tahu...

Thursday, October 28, 2010

Ketika Aku Sudah Tua

  • Ketika aku sudah tua, bukan lagi semula mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku.

  • Ketika aku berulang-ulang berkata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar bersabarlah mendengarkan jangan memutuskan pembicaraanku. Ketika kau kecil aku selalu harus mengulang cerita yang beribu kali kuceritakan agar kau tertidur.
  • Ketika aku memerlukan untuk memandikanku, jangan marah padaku. Ingatlah sewaktu kau kecil aku harus memakai segala cara untuk memujukmu mandi.
  • Ketika aku tak paham teknologi dan hal-hal baru jangan mengejekku. Fikirkan bagaimana dulu aku begitu sabar menjawab setiap "mengapa" darimu.
  • Ketika aku tak dapat lagi berjalan, hulurkan tanganmu yang masih kuat untuk memapahku. Seperti aku memapahmu saat kau berjalan-jalan waktu masih kecil.
  • Ketika aku sewaktu melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untuk mengingat. Sebenarnya bagiku apa yang dibicarakan tidaklah penting asalkan kau disamping dan mendengarkan aku sudah puas.
  • Ketika kau melihat aku yang mulai menua, mengertilah dan dukunglah aku, seperti aku menghadapimu ketika kau mulai belajar menjalani kehidupan. Sekarang temani aku menjalani sisa kehidupanku.
  • Beri aku cinta dan kesabaran, aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur. Dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu.
P/S: hargailah ibu bapa dan hormatilah orang tua sebelum Allah 'mengambil' mereka dari kita selama-lamanya.

Monday, October 25, 2010

Kami Adalah Ironman

ni bkn ironman yg dlm muvie tu. ironman yg aku maksudkan adalah ironman triathlon - swimming, cycling , running. wahh, mmg bley jd orang besi betul kalau buat tiap2 hari...


disebabkan weekend yg membosankan, maka kami berlima (aku, padle, kibod, jandal, azwan, uuk, & MELATI) pon dengan ngantoknye bangun awal pg menuju ke Bukit Cerakah untuk cuba2 berlagak jd ironman.


thanx en. google



ni adalah kali kedua budak2 ALG bersame-same membuang tenaga dan duit di Bukit Cerakah. yg first dlu 6 Februari waktu raya cina(kalau nak tgk video+lagu+gambar dlu bley tgk dlm fb). aktiviti kali ni tak seramai yg dlu sebab ramai yg kat rumah. tp mcm mane pon tetap enjoy sebab ade MELATI untuk dibuli, hahaha...



rumah 4 musim



sampai2 je kitorang terus berjogging sebab nak sewa basikal dah abis. selesai berjogging kira2 30 minit kitorang kembali ke tempat sewa basikal dan meneruskan dengan aktiviti berbasikal. naek basikal lg best sebab tak penat sangat & dapat angin pulak tu. best!!




kat cni ade jgk haiwan liar




lepas tu kitorang teruskan dengan aktiviti berenang. tp berenang dalam swimming pool je la. haa, yg ni mmg terbaek sebab dapat buli MELATI. dy bley cakap kitorang ni SAMSENG KOLAM. agak memenatkan & menyesakkan nafas sebab dah lame tak masuk pool.


lbey kurang pkul 12.58 tgh hari kitorang menamatkan aktiviti kitorang. sebelom balik ke kolej, kitorang kasi bantai dlu bihun goreng. credit to mak MELATI (Pn.Hamidah) sebab bihun tu sangat sangat. tq2..


cantik!!



sesampainye kitorang kat bilik, kitorang mandi & solat dan terus terbongkang keletihan. tp mcm mane pon kitorang mmg enjoy sebab dpt buli MELATI, hahaha..


P/S: bosan tak tau nk bt ape. aku rindukan someone..

Monday, October 18, 2010

quick update

aku rase mcm dh lame gile tak update blog..

bkn tak nk update dgn sengaja nye. tetapi berdasarkan beberapa faktor yg aku harus pertimbangkan. last week aku bz dgn persiapan perkahwinan abg aku. aku kena la bt banyak keje siket skrng ni memandangkan ayah aku dah pergi meninggalkan aku dan keluarga.


aku skrng ni mcm takde mood nk ddk dpn laptop lame2. hilang...
bnyk benda yg aku fikirkan skrng. mcm2 masalah aku hadapi. tp tu semua lebih kuat dan tabahkan aku. aku kalau boleh tak nak fikir sngt semua masalah tu. nanti aku jgk yg serabut.


pape pon, Alhamdulillah syukur kpd Allah majlis penikahan dan perkahwinan abg aku telah selesai berlangsung. aku la yg terpaksa jd pengapit waktu dy menikah dan bersanding. tp best jgk sebab tu semua pengalaman baru bg aku.

itu saje utk kali ni orait

Wednesday, October 6, 2010

Isteri Belasah Suami

Perkara ni takde la berlaku pd aku atau family aku. pada orang laen tu aku tak tau. tapi tiba2 aku terfikir semalam..


mcm mane kalau isteri kite seorang atlit. bukan atlit biase2. maksud aku atlit angkat berat, atlit gusti, atlit tinju dan seumpamanye. kalau tengok badan dorg bkn maen lg. berketul-ketul, sasa, tegap. kadg2 tu mengalahkan lelaki.


memandangkan sekarang sukan komanwel sedang berlangsung kat India, secara kebetulan aku tengok kat tv acara angkat berat wanita semalam. sebab tu aku terfikir pasal bnd ni. bukan maen lg atlit2 yg bertanding - berotot


tp ape masalahnye..

aku terfikir kalau2 berlaku pergolakan rumah tangga (mintak dijauhkan, amin). kalau dua2 pihak ade perkara yg tak puas hati. memang lah mcm mane pon perempuan ni hati dy lembut. tak de la dy nak terus je mengamuk. tp kalau perkara tu jd serious, silap2 mau dy belasah suami dy yg kecil+kering itu. tp bukan la aku nak memperkecilkan orang yg kecil.


hmm, ntah pape la aku ni fikir pasal bnd ni pulak. aku sebenarnye kurang sihat sehari dua ni. ditambahkan pulak abg aku nak kawen ahad ni. sape2 yg berkesempatan aku jempot la dtg ye.


P/S : start simpan duit untuk masa depan. mase kawen pakai banyak duit.

Monday, October 4, 2010

Hingga Kau Pergi Tinggalkanku

Aku tak tau kenape..

dah lame aku tak mimpi psal DIA. semalam, lg sekali aku mimpikan DIA. dah lebih 1 tahun DIA pergi tinggalkanku. keadaanNYA nampak tak bagus. DIA terlantar - sakit. sebujur kaku badanNYA terlantar di atas kerusi rumah aku. nampak seperti DIA demam.


mungkin DIA dalam kesusahan jauh di dunia laen. mungkin DIA memerlukan pertolongan. mungkin itu petanda DIA tak mahu aku dan keluarga terus lupakan DIA. mungkin aku terleka dengan kesibukan dunia dan terlupa akan diriNYA.


so rakan2..

same2 la kite sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah ayah aku yang telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Syaaban 1430 Hijrah bersamaan 17 Ogos 2009. semoga roh ayah aku dicucuri rahmat dan diletakkan bersame orang yang beriman.

aku rindukan DIA.