Berbalik pada cerita surprise masa birthday aku yang baru lepas hari tu, dengan tak disangka-sangka dan dengan tak semena-mena pada hari kejadian 1 Februari tempoh hari....
"Izzat, tunggu sat".
Aku dah rasa pelik. Ni nape tiba-tiba suruh aku tunggu ni. Dah la kitorang ni memang 'mesra' selalu lepak sembang sama-sama. Aku bermonolog sendirian...
"Diorang ni nak prank aku ke. Dah la aku sorang je manusia yang tinggal dalam kelas lepas habis lecture calculus selain daripada geng 'mereka", hati kecilku menzahirkan rasa.
"Nah kad birthday ni. Happy birthday!". Turut diikuti beberapa ahli geng beliau.
Aku punya la malu time tu. Dah la aku ni memang pemalu. Merah dah muka rasa nak lari. aku pon dengan pantas membalas...
"Terima kasih banyak-banyak korang semua. Susah-susah je". Ok, jawapan skema. (Serius malu dan tak tau nak cakap ape). Lepas tu, tunggu ape lagi. Cabut!
So, ini lah hasil kerja seni mereka.
Simple tapi sangat bermakna
Thank you very much Syahidah, Aini, Rosmini, Diana dan Arifah (=
Tersangat-sangat la tak expect diorang buat camni, sebab macam yang aku cakap tadi kitorang bukan la rapat pon. Sangat sweet ok! haha...
Ok now nak cerita pasal pn. emak pulak...
Hari tu masa birthday aku tu rasa pelik jugak la. Nape mak tak wish lagi ni. Padahal dah nak habis 1 Februari ni. Dah nak malam ni. Aku pon tunggu punya tunggu sampai dah lepas dua hari pon.
Yang jadi lagi pelik tu, bukannya mak takde call ke ape. Tapi cakap pasal benda laen. Tanya balik pukul berapa jumaat nanti. Aku dalam hati cakap ingatkan mak memang betol-betol lupa. Biar la...
Then waktu hari jumaat tu, sampai kat rumah pon dah nak tengah malam. Elok je duduk-duduk tengok tv mak datang bawak kek.
"Nah kek birthday mak belikan. Memang tak wish hari tu sebab nak bagi kek".
Aku pon dengan mata yang bersinar-sinar tengok kek cepat-cepat. Excited ni!!! Orang first yang bagi kek. Memang harap sangat-sangat ade orang yang bagi kek time birthday. Cepat-cepat aku amek gambar dah plan nak letak dalam blog.
Terima kasih emak. Sedap!
No comments:
Post a Comment