Sunday, December 18, 2011

Semoga Semuanya Berjalan Lancar

Lagi beberapa jam awak dah nak masuk wad bedah.

Risau?? Takut?? Cuak??

Mestilaa...

Tak tau macam mana keadaan awak yang sebenar. Tak tau apa sebenarnya sakit awak. Tak tau pembedahan awak tu macam mana dan apa risikonya.

Tak tau berapa lama pembedahan awak dan berapa lama awak tak sedarkan diri. Tak tau berapa lama untuk awak sembuh sebelum masuk lecture balik.

Orang risau...

Macam mana kalau lepas pembedahan selesai awak dah tak kenal orang. Macam mana kalau lepas pembedahan awak dah tak nak kawan dengan orang dah. Macam mana kalau apa-apa jadi kat awak.

Positif...

Ok, orang tak nak fikir bukan-bukan. Kena berfikiran positif. Orang kena bagi sokongan kat awak. Orang tau awak kuat semangat. Orang tau hati awak kuat.

Orang doakan awak selamat menjalani pembedahan dan pulih macam biasa. Kuatkan semangat, tabahkan hati. Walau jasad orang takde dekat dengan awak, tapi orang ada di samping awak - dalam hati awak.

p/s : InsyaAllah lepas awak sembuh, boleh la bawak orang makan tepi laut, dekat bot nelayan (=

6 comments:

Ismieraihan said...

Syg, org bukan operate otak la sampai nk lupa awak. Insyallah...xde pape. Doakan org ok :)
Love u.

hidayah said...

have faith. pray a lot for better :)

un-har said...

cik raihan nk operate sbb pe?
xkan smpai abg tom nk taw pon xbleh? ;)

Ismieraihan said...

Buang ketumbuhan kat perot je.
kita bkn doc, hantar lab for dignosis.
hopefully bkn bnda bahaya

PinQib said...

cmne operation tuu

muhammad fitri izzat said...

Alhamdulillah semuanya selamat (: