Friday, October 14, 2011

Untuk Awak

Sebab ape??...

Sebab ape saya tertarik untuk mengenali awak?? Saya sendiri tiada jawapan yang konkrit sekonkrit konkrit yang sudah konkrit. Memang di awal perkenalan kita sewaktu masih baru berada dalam kelas yang sama tiada ape sebab yang kukuh untuk saya menganggap awak lebih dari sekadar teman sekelas.

Tapi...

Lama-kelamaan yang tak tau la berapa lama, hati saya kuat untuk lebih mengenali awak. Bukan la niat saya ade udang di sebalik mee pulak. Hanya sekadar untuk mempunyai kawan berbicara. Barangkali ade sesuatu yang saya tidak perasan tentang diri awak bahkan awak sendiri mungkin terlepas pandang untuk menarik saya mengenali awak.

Jujur saya katakan walaupon saya ni selalu bergurau awak bukan la supermodel, dewi remaja ataupon gadis tercantik di desa awak. Awak hanya la gadis biasa tetapi awak juga mempunyai kelebihan tersendiri. Tetapi, tiada ape yang menghalang saya untuk lebih mengenali awak setelah beberapa bulan tempoh perkenalan kite. Kenapa saya memilih awak?? Kerana saya juga hanya la insan biasa yang tidak sempurna.

Sekejap...

Memang tempoh perkenalan kite tidak la begitu lama sebab kalau tanam sawit pon belom sempat mengeluarkan hasil, tetapi perasaan sayang saya kat awak begitu kuat walaupon memang tak boleh nak ukur guna pembaris, micrometer screw gauge mahupon tali rafia yang dibentangkan di seluruh gurun sahara.

Saya sendiri tidak mengerti bagaimana perasaan ini boleh hadir ke dalam jiwa saya yang muda ini. Memang pada mulanya respon dari awak seakan-akan kayu yang sudah hilang bunga sebab madunya disedut rama-rama(err??) tetapi Alhamdulillah lama-kelamaan Allah telah membuka pintu hati awak untuk menerima saya secara perlahan-lahan.

Perkenalan dengan keluarga awak membuat saya lebih komited dan menghargai perhubungan ini. Walaupon awak memang kadang-kadang tu kejam dengan saya tapi saya tak la kesah sangat sebab ade jugak benda yang awak buat untuk saya. Kira macam ambik hati saya la. Sweeetttt!!... Dah semut pulak nak menyibuk.

Danke schön..

Thanks sebab menerima saya dan saya tau awak sangat hargai ape yang saya buat untuk awak walaupon tak banyak mane pon. Mungkin kadang-kadang awak tak tau nak act macam mane tapi saya tak kesah sebab ni baru permulaan untuk kite saling lebih mengenali. Saya sangat hargai semua yang awak buat untuk saya. Saya juga nak minta maaf kalau saya ajar awak silibus yang memang tak boleh didapati di mane-mane sekolah, pusat pengajian tinggi mahupon di pusat asuhan orang-orang kurang upaya.

Ape pon yang jadi lepas ni, InsyaAllah saya akan jaga awak dengan segala yang saya mampu walaupon kadang-kadang pinggang saya sakit sebab dah berusia. Kalau awak jatuh bangun la sendiri ek. Kalau orang tanya saya ape yang saya nampak tentang kelebihan diri awak saya jawab, 'semua yang orang lain tak nampak'. Saya nampak kecantikan awak yang sebenar. Saya akan selalu ade bila awak perlukan awak.

Saya sayang awak...

No comments: