Friday, August 26, 2011

Yea!!!


Dah balik Perak. Petang semalam sampai. Balik rumah kakak dlu. So semalam berbuka dgn dy n abang ipar kat luar. 

Kitorang berbuka kat restoran Thai. Name dy Koh Samui. First time mkn kt situ. 

Best!!

1st sebab dpt mkn nasi dgn macam2 lauk. 2nd of course la sebab ade orang yg bayarkan.

Burrrpppp!!!! (kenyang tau)

Hari ni baru balik rumah Kg Gajah. Kira ni 1st time berbuka kat rumah dgn family puasa tahun ni. Dapat la berbuka dgn mak.

Lagi berape hari je nak raya. Mood raya tu ade la baru nak dtg sikit2.

Tapi cuti kejap je. Tak tau la sempat nak konvoi dgn kwn sekolah dlu ke tak.

p/s : sape tak puasa penuh xley raya =p

Thursday, August 25, 2011

My Precious

Oh no!!! My precious!!!

0.87 saat sebelom itu...

'Praakkk!!' (bunyi pembaris patah lah)

Cite dy cenggini. Lpas class physic td elok la bersiar-siar di blok Annex sambil meneruskan niat murni dengan mood yg sangat rajin untuk class bel(ni class english).

Dgn tangan yg tak berapa nak duduk diam dari class physic terbawa-bawa la sampai luar class. Tangan ni tak abis-abis main dgn 'my precious' sampai la, 'praakkk!!'...patah dua di tempat kejadian.

Walau terdapat kekesalan, tp sinar itu masih ade. Ingat boleh la nak celotape.

Tp...

Beberapa micro second selepas itu datang seorang makhluk yg di gelar 'gelap' @ nadia(bukan nama sebenar) menghancurkan harapan. Adussss!!!

Dgn tak semena-mena dy tlg patahkan lg 'my precious' jd 5 pieces. Yg sedihnya, ade 1 piece tak jumpa. Sob3...

Sebab ape benda tu 'my precious'. Sebab dah guna almost 7 years(kot la). Sampai kaler dah kuning2 mcm artifak. Since form 2, guna dlm PMR, SPM dan sehingga saat sebelom 'ter'patahkan.

Ingat lg time beli 'my precious'. Sebab selalu sangat hilang before beli 'my precious' ni, dah ckp kat diri sendiri kalau boleh yg baru beli ni nak jg sebaik mungkin. Siap ade sticker nama lg adik yg buatkan kat 'my precious'. Tampal sticker sebab takot hilang.

Dah nasib...

Mungkin sampai sini je jodoh kitorg. Semoga 'my precious' bersemadi dgn aman. Ade la hikmah perpisahan kami.

Yg bestnya. Bertemu jodoh baru. Sangat2 happy. Gila2 happy kot. Dpt 'my precious' yg baru. Sebab ape hepi?? Sebab yg bagi tu someone yg lagi2 bermakna dari 'my precious' yg dah patah tu.

Seronok kot. Try my best nak jg 'my precious' yg baru ni yg dah berusia 3 tahun(tak berapa kuning lg). Alhamdulillah dpt jodoh baru. Jgn sape2 berani sakiti dy!!!!!!!

p/s : love both of u. 'my precious' yg baru and definitely love YOU =)

Thursday, August 18, 2011

Tak Larat

Tak tau nape lately ni badan rasa lemah je. MANDOM.

Hari ni rase lemah je balik kelas tadi. Rase macam nak demam. Baring je la kat katil.

Sekarang baru rase ok sikit. Baru la boleh berfikir ngn waras. Kepala pon dah tak pening.

Nak sambung buat assignment ngn video site visit yg tak settle lagi.

Wednesday, August 17, 2011

Best!

Korang nak tau aku sekarang dah ade hobi baru. Aku 'addicted' gile kat mr assignment. Seronok buat assignment banyak2 =D

Memang best dapat assignment banyak2. Kalau boleh nak lagi. Korang kalau ade assignment pon boleh mintak aku tolong buatkan.

p/s : korg rase entry kali ni nmpk mcm aku stress x? bkn la stress tp sje je xtau nak cite ape. kelakar la plak. mengong! =D

Tuesday, August 16, 2011

Jam Bercakap

Seorang budak mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "Ape benda ni wei? Kau pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana nak dengar benda ni bercakap? Sekarang pukul berapa? Try kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga. 

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 3 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Oh! Dah pukul 3 pagi daaah," jelas budak itu.
Kawan dia cuma garu kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Monday, August 15, 2011

Jawapan Teka-Teki

So, ni jawapan teka-teki hari tu..

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Sunday, August 14, 2011

Selamat Berbuka =)

"Protect the stomach and what goes into it"

p/s : mkn tu beringat la ye