Wednesday, January 4, 2012

Something is Missing

I dont know why...

Rasa hilang 'sesuatu'. Rindu.

Selalu bermain di fikiran. Sesak.

Perlu kekuatan nak 'hold' rasa ni. SANGAT...

Tuesday, December 27, 2011

Cuti Mid Sem

Sekarang ni aku tengah cuti mid sem.

Duduk rumah macam biasa la takde aktiviti special pon. Melawat tapak kejap, pegi bank, tengok tv sambil bermalas-malasan.

Nak online pon tak rajin. Malas tahap gaban. Setakat tengok-tengok macam tu je la. Blog ni pon dah nak bersawang baru nak update.

Tapi cuti kali ni rajin sikit sebab dah start buat assignment. Dah siap cari info, ada plan dah nak buat macam mana assignment tu. InsyaAllah 2-3 hari lagi 70% dah boleh siap kot.

Lepas cuti ni banyak test menunggu. Mood study tu tak datang lagi. Ingat nak balik awal kampus awal sikit boleh la study.

p/s : balik kampus ni dah tahun baru. azam baru, semangat baru, misi baru.

Sunday, December 18, 2011

Semoga Semuanya Berjalan Lancar

Lagi beberapa jam awak dah nak masuk wad bedah.

Risau?? Takut?? Cuak??

Mestilaa...

Tak tau macam mana keadaan awak yang sebenar. Tak tau apa sebenarnya sakit awak. Tak tau pembedahan awak tu macam mana dan apa risikonya.

Tak tau berapa lama pembedahan awak dan berapa lama awak tak sedarkan diri. Tak tau berapa lama untuk awak sembuh sebelum masuk lecture balik.

Orang risau...

Macam mana kalau lepas pembedahan selesai awak dah tak kenal orang. Macam mana kalau lepas pembedahan awak dah tak nak kawan dengan orang dah. Macam mana kalau apa-apa jadi kat awak.

Positif...

Ok, orang tak nak fikir bukan-bukan. Kena berfikiran positif. Orang kena bagi sokongan kat awak. Orang tau awak kuat semangat. Orang tau hati awak kuat.

Orang doakan awak selamat menjalani pembedahan dan pulih macam biasa. Kuatkan semangat, tabahkan hati. Walau jasad orang takde dekat dengan awak, tapi orang ada di samping awak - dalam hati awak.

p/s : InsyaAllah lepas awak sembuh, boleh la bawak orang makan tepi laut, dekat bot nelayan (=

Friday, November 18, 2011

Ayuh kembali ke sekolah!

Jom berkemas (:

Lagi dua hari dah nak start sem baru. Dah kena ubah mind set balik ni. Duduk rumah ape pon tak jadi.

Lepas ni hari-hari dah kena pegi kelas. Buka buku, fokus kat lecturer, balik, tido. Tutor dengan assignment tak buat.

p/s : tak sabar nak balik Penang sebab nak jumpa awak je (:

Tuesday, November 15, 2011

Bisnes@part time

Dah kenapa tiba-tiba nak cite pasal benda ni...

Entah.. Tiba2 je rase macam nak bisnes. Bukan la sampai nak bukak kilang. Saje je la nak bisnes kecil-kecilan. 

Tapi, tak tau nak jual nak ape. Ade cadangan?? MLM dan sewaktu dengannya memang tidak akan dilayan. Aku nak bisnes yg simple-simple je. Bila orang nak, datang beli kat aku. 

Actually memang dari kecik lagi aku suka bisnes. Dah macam-macam aku jual. Nak kata minat sebab banyak dapat duit, tak jugak. Tapi memang aku enjoy buat bisnes. Aku tauke, aku kuli. Bisnes aku, idea aku, modal, untung. Puasss!

Aku bukan jenis suka buat bisnes yang kena banyak cakap. Kena kempen orang beli. Memang tak la. Dulu pon bisnes yang memang orang akan beli tanpa kain rentang yang berkaler-kaler.

p/s : dah lame tak bisnes. dah patot start kumpul duit nak kawen.

Tuesday, November 1, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah bangun pagi tadi je teros dapat berita yang best. Mesti bukan aku sorang je yang hepi dapat berita ni, semua yang bersimpati dengan rakyat Palestin pon akan turut rase gembira. 

Palestin telah diterima keanggotaan secara penuh dalam UNESCO. Sebanyak 107 negara anggota UNESCO mengundi untuk 'YES'  dan hanya 14 negara yang 'AGAINST' manakala lagi 52 negara memilih untuk tidak mengundi 'ABSTAIN'. Britain adalah salah satu yang memilih untuk tak nak undi (padan muka US).

Dah agak dah US dan sekutunya Israel, Australia, Canada, dan juga Germany antara negara yang menentang. France, Russia, India, China, Brazil pula antara negara yang menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Tapi korang kena faham UNESCO dan UN adalah berbeza. Namun macam mane pon keanggotaan Palestin merupakan titik permulaan baru bagi rakyatnya. Aku yakin inilah yang rakyat Palestin impikan. Bersukur untuk diorang.

Lepas ni UN pulak. Same2 la kita berdoa agar Palestin diterima dalam UN yang kite sedia maklum US sebagai salah satu kuasa veto yang akan menentang perkara ini. Tapi Russia yang juga mempunyai kuasa veto dalam UN mungkin akan membantu Palestin dalam isu ni. Russia lately ni banyak jugak try nak tolong Palestin.

Sekarang US dan sekutu kuat dy Israel tak senang duduk. Banyak negara dah tak nak jadi 'budak suruhan' diorang lagi. Same2 la kite berdoa untuk kebaikan Palestin.

p/s : tak tau mood ape datang tiba2 nak post pasal benda ni dalam blog.

Sunday, October 30, 2011

Selesai

Alhamdulillah..

Penyiksaan sudah berakhir. Walaupon tak seperti yang dijanjikan untuk senyap selama 2 minggu, tempoh seminggu tanpa sebarang perhubungan dan khabar berita memberikan kesan.

Seksa la juga jiwa dan raga nak habiskan tempoh 'sembunyi' tu. Bayangkan, benda bukan tak boleh nak contact tengah perang ke kat laut ke ape. Nampak je kalau online pon.

Tapi still tak boleh buat ape. Ni lagi satu, masa nak tido dengan waktu bangun pagi. Nasib baek tak gantung kalender besar nak pangkah countdown hari.

Dah macam ape..

Sekarang, tiada lagi keraguan. Cuma tunggu beberapa tahun lagi. Berusaha ke arah tersebut dalam semua perkara. Harap semuanya dipermudahkan. InsyaAllah.

Harap2, tak de la lagi buat rule pelik2. Tak sanggup dah nak seksa diri. Adoiiii~~~

p/s : tak sabar nak makan cake dengan mat kool traffic light (=