Thursday, May 5, 2011

Soulmate


Ape maksud 'soulmate' ni sebenarnye?...

Setiap orang mesti ade dy punya definition yg tersendiri bg maksud 'soulmate' kan. Td mase jalan2 kat internet ni saje je search kat wiki ape maksud 'soulmate' ni. So, here it is...


"A soulmate ( or soul mate) is a person with whom one has a feeling of deep or natural affinity, similarity, love, intimacy, sexuality, spirituality, or compatibility. A related concept is that of the twin flame or twin soul, which is thought to be the ultimate soulmate. In New Age spirituality, the ultimate soulmate is the one and only other half of one's soul. However, not everyone who uses these terms intends them to carry such mystical connotation" (wikipedia)


Kalau bagi korang la kan, ape maksud 'soulmate' ni sebenarnye. Ade yg nk share?


For me, 'soulmate' ni one person out there who can enrich our life in a way that no one else can. Dua orang yg saling melengkapi satu sama lain. They are necessary compatible with each other in disposition, point of view, or sensitivity. Tak semestinya perlu ade minat yg sama, suka music yg sama, movie yg sama, hobi yg sama but he or she has something that complements you and makes you feel complete. Kekurangan satu pihak dilengkapi dengan kelebihan pasangannya dan begitulah sebaliknya. Yg paling penting you have to feel a connection - a strong connection.


This is just my opinion pasal definition of 'soulmate' ni. Tak tau la orang lain macam mane kan. Terpulang la pada masing2 nak menilai maksud 'soulmate' itu sendiri.


p/s: actually dah lame tak update blog sebab malas + tak tau nak buat post pasal ape. Then semalam tiba2 dpt idea from someone. Thanks to you for the idea =)


Sunday, April 3, 2011

Easy

easy to get easy to forget..

tak kisahla ape 'benda' pon yg kite senang dapat dalam hidup ni, kite selalunye akan cepat lupa n abaikan 'benda' tersebut. but then bile 'benda' tu dah takde barulah kite sibuk nak cari sane, cari sini - terhegeh nak jugak 'benda' tu..

kalau 'benda' tu susah nak dapat pulak, punyalah kite susah payah nak dapatkan jugak 'benda' tu. tp bile dah dapat kite jaga ke 'benda' tu elok2?? jangan dah terhantuk baru nak terngadah..

ekceli aku pon pernah jugak rase kehilangan 'something'. bile dah takde baru la aku nak kesal. so my advise hargailah ape yg kite ade n miliki sekarang. yg dah lepas n yg dah takde pada diri kite tu, kite lupakan je la. tp bukan lupakan terus semata-mata. jadikan pengajaran n pengalaman untuk kite so kite tak kan buat kesalahan yg same lg..

'it's not easy to forget but it's easy to get over'

Thursday, March 31, 2011

..............

nk nangis bley tak??

tiba2 rase takde mood nak buat pape. nape la lately ni selalu sangat rase down.

y???????

Friday, March 25, 2011

corn-fee-use

kusut+serabut+lemas+sesak+tekanan+stress dan lain2 yg sekutu dengannya...

tiba2 semua ni datang balik. aku tak tau kenapa. maybe bila aku bz aku tak fikir psal semua ni. sekarang bila dah kurang bz, 'benda' tu datang balik attack aku. kalau diberi peluang benda yg aku paling nak sekarang, dah tentu aku tersangatlah tak nak fikir langsung pasal 'hal' ni semua.

berikan aku kekuatan, ketenteraman, kelapangan dan ketenangan hati ya Allah..

Friday, March 11, 2011

Izinkan Aku Berbicara

I'm not in the mood...

Lately, BANYAK perkara yang aku fikirkan and semua tu jugak buat aku sedar banyak perkara. But i don't want to talk about it. Arrgghhhh!!!!
Maybe aku takde sape2 untuk share semua ni tapi aku tahu ALLAH sentiasa ade untuk aku. DIA sentiasa ade untuk hamba-hambanya yang memerlukan pertolongan-NYA...


Ok, tak nak cakap pasal benda ni dah..
Aku nak cite siket pasal kehidupan aku di UiTM Pulau Pinang sekarang. Memandangkan cik Raihan suruh aku buat post pasal 'our new family' kat sini, so aku dengan tangan yang tak berapa nak ringan ni pon dengan tersengaja tulis post ni.

Sekarang aku dah ade family baru kat sini. Since aku yang paling tua dalam family kami, so aku digelar abang long...


~CIK RAIHAN@KAK LONG - merangkap adik aku yang paling tua (dy ni comel tau n mata dy cantik)
~ALYAA - sebaya dengan kak long (hebat main bola tampar)
~ALONG - kitorang bukan sama kelas tapi kira geng jugak la (not available ok!)
~FARAH - dy ni gila2 n tak betol siket (boley tahan dy punye bahaya)
~BIE - lebey kurang mcm farah jugak (diorang ni kalo duduk sekali habis!)
~NADIA - adoyai, letih nak layan dy ni (kuat merajuk n ade dua s***i)
~FAZRUL - lelaki metroseksual yg cute (dy ni mmg pandai bergaya)
~BAKHTIAR@ABG NGAH - err, kira jugak kot dlm family kitorang (dy ni baru je join kitorang)


Rasenye tu je kot family members kitorang. Sape2 name dy takde dlm list SORI sangat2. Seronok ade family baru kat sini. Ade adik-adik yang sangat kelakar n tak berapa nak betol. Hopefully kite semua dapat tolong satu sama lain tak kira dalam ape jugak problem n family bond ni kekal sampai bila2.

Friday, January 14, 2011

I'm Back (Khas Untuk ALG 12)

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

memandangkan en. padle dan beberape rakan2 yg laen dah banyak kali suruh update blog, aku pon dengan dengan senang hatinya terdetik nak kongsi siket ape yg berlaku sepanjang 'kesenyapan' aku kat blog aku ni. oleh sebab aku dah lame tak update, so post aku kali ni tacing siket. nak ambik mood..


tempat baru, persekitaran baru, suasana baru, kawan baru, gf baru??(gf pon tak penah ade,hahah). senang cite, semua la baru. tp macam mane pon, UiTM tetap di hatiku. sebenarnye sekarang aku blaja kat UiTM Pulau Pinang. disebabkan tu aku kurang mase nak update blog @ fb. berbeza dengan di INTEC, kehidupan di sini ade bezanye. namun tu semua buat dunia aku jadi lebih luas dan membuat minda aku lebih terbuka. yg baik dijadikan pengalaman, yg buruk dijadikan sempadan.


suka duka, nangis tawa, semuanye dah berlalu - hanya tinggal kenangan. memang pahit untuk ditelan. sejujurnya aku rindukan saat bersama rakan-rakan di INTEC dulu. bg aku, mereka adalah kawan2 yg terbaik. kami banyak habiskan mase bersama. dalam tempoh hampir 2 1/2 tahun banyak yg kami lakukan dan kongsikan. memandangkan jumlah pelajar program kami siket, kami rapat antara satu sama lain. pg ke kelas bersama, bilik yg sama, tengok wayang sama2, main futsal team yg sama, tengok bola sama2. banyak yg kami lakukan bersama dan kalau dlu masa kat sekolah aku dengan quiyyum tak rapat, tp di INTEC kami jadi lebih rapat(contoh je ni).


kini masing2 membawa haluan. kepada yg berjaya fly tu pandai2 la bawak diri. korang la harapan kami yg tinggal di Malaysia. kepada rakan2 yg tidak berjaya, jadikan ini sebagai pendorong untuk lebih berjaya. ingatlah, 'kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh' dan aku yakin majoriti daripada kite faham kenapa kite semua tinggal untuk blaja kat Malaysia. semoga kite semua mencapai kejayaan bersama-sama di dunia mahupun di akhirat yg lebih penting.


macam mane pon hidup perlu diteruskan. sama2 kite semua doakan kejayaan masing2. pesan aku, korang semua jangan la lupa antara satu same lain. rajin2 la kontek member2 walaupon aku sendiri tak berapa rajin.

orait,,sampai sini je dlu..
~wassalam~

Monday, November 22, 2010

party@dinner

letih tapi enjoy..

jumaat hari tu, 19 November telah diadakan satu parti liar (haha..) oleh budak2 program ALG yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). parti liar tersebut yang bermula seawal jam 6.30 ptg dan tamat kira2 jam 11.47 mlm turut dihadiri beberape orang lecturer. dorang pon nak la join budak2 muda jugak kan..


sebenarnye malam tu kitorang ade dinner untuk meraikan student ALG 12 (batch aku la tu) yang telah menamatkan A-Level German Course di INTEC selama hampir 2 1/2 tahun dengan 'jayanye'.


ekceli, pada hari tu jugak atok aku telah bertemu dengan jodoh yang kedua. beliau telah melangsungkan pernikahan pada malam yang sama. tahniah untuk atok aku (gamba takde lg stakat ni). disebabkan aku dah bayar untuk dinner ni, so aku terlepas menyaksikan hari yang bersejarah untuk atok aku.


ok, ni pakaian aku mase dinner tu. korang boley bagi penilaian..


kacak x aku..



dinner tu sebenarnye bermula pd jam 8-10 mlm dengan tetamu2 VIP. ade persembahan siket & bagi sijil kat semua student ALG 12. congrats kepada rakan2 dan tak lupe jugak kepada afiq sebab dinobatkan prom king bersama pasangannye shamira sebagai prom queen. kagum dengan afiq yang menyanyi hingga menangis untuk pasangannye.


after that baru la kitorang bebas dengan aktiviti sendiri. ade la menari siket, joget2 siket, amek2 gamba. terhibur tengok rakan2 yang tak disangka mempunyai bakat terpendam membuat persembahan. gelek jangan tak gelek, haha...


ni antara gamba2 yang sempat aku upload. gamba2 yang laen korang boley tengok kat my fb orait..


nobody(wonder girls)



abang2 macho..



bersama lecturer german aku



poker face(lady gaga)